Model Confirmotory Factor Analisi (CFA) Kesan Strategi Kepimpinan Terhadap Kecemerlangan Sekolah Diperantarakan Oleh Atribut Pengetua Berkesan Di Selatan Thailand

Authors

  • Farid Abdullahhasan, 6852279 Universiti Sultan Zainal Abidin, Terangganu, Malaysia
  • Siti Salwa Mohd. Noor, 6852279 Universiti Sultan Zainal Abidin, Terangganu, Malaysia

Keywords:

CFA, strategi kepimpinan, atribut pengetua berkesan, kecemerlangan sekolah, Selatan Thailand

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji model yang dicadangkan tentang konstruk strategi kepimpinan SK, konstruk atribut pengetua berkesan APB, dan konstruk kecemerlangan sekolah KS, di kalangan pengetua sekolah di selatan Thailand dengan data yang dikumpulkan. Kajian tinjauan ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data-data kuantitatif. Seramai 310 orang sebagai responden daripada pengetua sekolah, meliputi lima wilayah selatan Thailand, dipilih melalui teknik Structural Equation Modeling (SEM). Dapatannya; analisis confirmatory factor analysis CFA, digunakan untuk memantapkan struktur faktor yang mewakili laten varibel dalam kajian ini. Model pengukuran bagi konstruk strategi kepimpinan SK, konstruk atribut pengetua berkesan APB, dan konstruk kecemerlangan sekolah KS, didapati nilai memuaskan berdasarkan fit indices, model disahkan lagi didapati padanan model pengukuran dan struktural memuaskan. Dengan secara umumnya, hasil yang didapati pada kajian ini mempunyai implikasi yang baik pada setiap-setiap faktor di cadangkan.

Downloads

Published

2019-12-20