Mantera : Keindahan Bahasa, Kearifan Lokal, Dan Cara Hidup Muslim Penelitian Terhadap Proses Perubatan Dalam Kalangan Tok Bomo Daerah Raman Wilayah Yala
Keywords:
mantera, keindahan, kearifan lokal, muslimAbstract
Saliha Musor[1]
Abstrak
Projek penelitian “Keindah Bahasa, Kearifan Lokal, dan Cara Hidup Muslim, Penelitian Terhadap Proses Perubatan dalam Kalangan Tok Bomo Daerah Raman Wilayah Yala” bertujuan untuk mengumpul dan merakam mantera dalam perubatan dalam kalangan Tok Bomo daerah Raman wilayah Yala, mengkaji ciri dan bentuk penggunaan bahasa, menganalisis bagaimana hubungan mantera dengan kepercayaan, pemikiran, cara hidup, dan sejarah tempatan. Mengkaji mantera dengan ajaran Islam, dan untuk mengetahui bentuk mantera yang mungkin berbeza mengikut jenis penyakit. Hasil pengumpulan mantera dalam perubatan dari daerah Raman wilayah Yala terdapat 102 mantera. Dapat dibahagikan mengikut tujuan dan cara mengubat dan mencegah penyakit kepada 7 jenis iaitu (1) pekebal (2) pelaris (3) mengubat penyakit (4) membangkit semangat (5) mencerahkan hati (6) menjauhkan dari segala kecelakaan dan (7) pengasih. Setiap mantera terdapat berbeza di antara satu dengan yang lain. Dapat dibahagikan mengikut keindahan bahasa kepada 7 ciri penting iaitu (1) pengulang kata dan ayat (2) unsur mamnan bunyi (3) mengguna bahasa kiasan (4) mengguna teknik linguistik (5) mengguna bahasa tempatan bila melafas kata tuju kepada makhluk ghaib (6) bercampur dengan bahasa Arab dan (7) mengguna bahasa Arab sepenuhnya.
Hasil analisis bentuk mantera didapati terdapat 2 bentuk iaitu prosa dan puisi. Bentuk prosa terdapat 2 mantera sahaja. Manaka mantera dalam bentuk puisi terdapat 100 mantera. Mantera dalam bentuk puisi dapat dikelompokkan mengikut bentuk kepada 5 kelompok pula iaitu (1) panjang 1-3 baris (2) mantera yang terdapat pengulangan kata, ayat dan mempunyai keidahan bunyi (3) mantera yang terdapat kata yang merangsangkan dalam bahasa Melayu. (4) mantera yang terdapat kata yang merangsangkan dalam bahasa Arab dan (5) mantera dalam bentuk pantun. Hasil analisis hubungan mantera dengan kepercayaan, pemikiran, cara hidup dan sejarah tempatan didapati bahawa dalam menjali kehidupan terdapat segelintir ahli masyarakat di daerah ini mengguna mantera hampir dalam setiap sudut kehidupan lebih-lebih lagi Tok Bomo. Cara hidup sedemikian ini berkait rapat dengan kepercaryaan pra Islam sama ada kepercayaan animisme dan kesan pengaruh agama Hindu. Setelah agama Islam datang mantera diubahsuai dengan kepercayaan baru tetapi bentuknya masih mengekalkan bentuk asalnya. Proses pembaharuan ini menimbulkan keindahan rohaniah salah satu faktor penting yang menyababkan mantera dapat tempat dalam masyarakat sehingga ke hari ini. Hasil analisis mantara dengan Islam pula didapati bahawa terdapat mantera yang bercanggah dengan agama Islam yang dapat bahagikan pepada 3 jenis mengikut tujuannya (1) untuk membuat sihir (2) mantera yang menyekutukan kekuasaan Allah dengan kuasa lain (3) menyelewengkan ayat Quran.
References
Harun Mat Piah. 1989. Pusi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. 1988. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Idris Derih (2011). Tradisi Perbidanan Di kalangan Masyarakat Islam Kerung Pinang, Jala: Suatu Kajian Menganai Upacara, Amalan Dan Kepercayaan. Fakulti Pengajian Islam
Noriah Taslim (2010). Lisan dan Tulisan Teks Dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim (2007). Pandangan Semesta Melayu Mantera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_________ 2010. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka