Pergrakan Dakwah Rasulullah
Abstract
Abstrak
Rasulullah diutuskan Allah untuk menyeru semua manusia yang berada di permukaan bumi ini kepada Islam secara sempurna dan menyeluruh termasuk akidah, ibadat, syariat dan akhlak. Dakwah Rasulullah bersumberkan al-Quran al-Karim yang diturunkan Allah untuk menjadi pedoman hidup bagi manusia sesuai untuk semua bangsa manusia dan sesuai juga pada setiap tempat dan masa. Dakwah Rasulullah selama 23 tahun terbahagi kepada period Mekah dan period Madinah. Demi melahirkan ummah yang tunduk patuh kepada Allah dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, Rasulullah telah menerapkan subjek-subjek dakwah serta menentukan tujuan-tujuan bagi dakwah begitu juga menggunakan uslub dan wasilah dakwah mengikut kesesuaian keadaan sasaran dan suasana tempat. Kesungguhan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah, dengan kehendak Allah berjaya melahirkan banyak kesan posetif, yang paling kemuncak ialah semua orang Arab menukar agama kepada Islam sekalipun pada permulaan dakwah sebahagian besar mereka menentang dakwah secara keras.